PENANAMAN PADI SECARA MEKANIKAL
(TRANSPLANTER)

Penanaman padi menggunakan jentera menanam padi telah lama diperkenalkan di Malaysia.  Ia merupakan alternatif kepada mencedung menggunakan "Kuku Kambing".  Kebanyakan petani di negara maju seperti Jepun. Korea dan Taiwan mengamalkan kaedah ini dan memperolehi hasil yang tinggi.

Persediaan Semaian dan Menanam

  • Benih padi perlu direndam dan ditoskan (seperti kaedah tabur terus).  Kadar benih 70 kg/ha

  • Benih padi disemai ke dalam dulang semaian menggunakan mesin penyemai dan dibiarkan tumbuh selama 2 hari.

  • Setelah 2 hari, dulang semaian dipindahkan ke petak semaian dan dibiarkan selama 15 hari.

  • Baja Foliar dan racun kulat perlu disembur pada hari ke 10.

  • Penyediaan sawah adalah sama dengan kaedah tabur terus dan perlukan tanah yang rata.

  • Setelah berumur 15 hari, anak semaian digulung untuk dibawa ke sawah.

  • Anak semaian dimasukkan ke dalam Pepara Semaian jentera menanam.

  • Jentera menanam perlu dilaraskan supaya memperolehi jarak tanaman 17 cm x 30 cm dan bilangan anak semaian melebihi 5 pokok serumpun.

Pengurusan Tanaman

  • Pembajaan

    1 hari lepas tanam     - Baja Organan 125 kg/ha.
    5 hari lepas tanam     - Baja Sebatian 160 kg/ha.
    15 hari lepas tanam   - Baja Sebatian 100 kg/ha.
    35 hari lepas tanam   - Baja Urea 100 kg/ha dan Baja Mampan 150 kg/ha.
    38 hari lepas tanam   - Baja Foliar Robust 1.5 j/ha.
    55 hari lepas tanam   - Baja Mampan 100 kg/ha.
    65 hari lepas tanam   - Baja Foliar Robust 1 l/ha.
    75 hari lepas tanam   - Baja Mampan 100 kg/ha.
     

  • Kawalan Rumpai

    1 hari lepas tanam    - Sembur racun rumpai pra cambah
    30 hari lepas tanam  - Sembur racun rumpai untuk kawalan rumpai daun lebar.
     

  • Kawalan Air

    Keadaan sawah berair "cap-cap" diperlukan semasa kerja-kerja menanam dilakukan.
    Air dimasukkan secara perlahan-lahan selepas kerja menanam selesai dilakukan sehingga mencapai 5 cm.
    Air disalir keluar 2 minggu sebelum menuai.
     

  • Kawalan Perosak / Penyakit

    Periksa sawah setiap 3-5 hari.
    Lakukan semburan jika serangan melebihi RTL.
    Sembur racun perosak yang bersesuaian jika perlu.
    Beri perhatian kepada kawalan serangan Ulat Pengorek Batang
     

  • Kelebihan Mencedung Secara Mekanikal

    Dapat mengurangkan infestasi rumput sambau dan padi angin.
    Dapat mengurangkan kos meracun dan merumpai.
    Dapat mengurangkan kejadian rebah pada pokok padi.
    Memudahkan kerja-kerja pengurusan sawah.
    Memberikan pertumbuhan pokok padi yang seragam.
    Meningkatkan hasil padi.
     

  • Keperluan Infrastruktur

    Perlu sawah yang rata.
    Perlu sawah yang mempunyai lapisan tanah keras yang baik.
    Perlu sawah yang mempunyai sistem pengairan dan saliran yang baik.
    Perlu kawasan yang mempunyai jalan ladang yang baik bagi memudahkan pergerakan jentera.

[ke Halaman Padi]      [ke Halaman Utama]


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 12:59:09 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.