Perutusan Pegawai
 




Puan Nur Hafizah bt. Sharudin,
Pegawai Pertanian
Daerah Manjung

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

 

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Manjung. Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya laman web Pejabat Pertanian Daerah Manjung dapat disiapkan.

Laman web ini dibangunkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan dengan pertanian kepada semua golongan sasar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pertanian.


Selain dalam usaha untuk menjadikan Daerah Manjung sebagai daerah pelancongan, Pejabat Pertanian Daerah Manjung juga sedang memperlengkapkan usaha untuk menjadikan Daerah Manjung sebagai nadi penggerak dari "pertanian tradisional" kepada "pertanian moden", "pertanian konvensional" kepada "pertanian berteknologi", dan menjadikan "pertanian sara diri" kepada "pertanian perniagaan" sejajar dengan matlamat Y.A.B. Perdana Menteri untuk menetapkan pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi ketiga terpenting dalam pembangunan negara selepas sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan kerja-kerja luar pertanian, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan industri asas tani secara tidak langsung akan membantu golongan sasar iaitu masyarakat tani menjana pendapatan tambahan. Jabatan Pertanian telah menyediakan bantuan peralatan dan mesin serta pengubahsuaian premis bertujuan untuk peningkatan produktiviti. Program latihan serta motivasi diatur selaras dengan keperluan pengusaha bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan masing-masing. Di antara bidang yang diberikan penekanan termasuklah pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran, kawalan kualiti, Amalan Kebersihan yang Baik (Good Hygiene Practices), Amalan Pengilangan yang Baik (Good Manufacturing Practices) dan teknik-teknik pemprosesan yang betul. Bagi tujuan memasarkan produk, penggunaan portal Agribazaar akan diperkenalkan untuk meluaskan skop pemasaran produk-produk pertanian samada di dalam atau luar negeri.

Akhir kata, dengan adanya laman web ini akan menambahkan lagi pencetusan ide-ide baru bagi menentukan halatuju dan masa depan pembangunan sektor pertanian di Daerah Manjung dan seterusnya kemajuan industri pengeluaran makanan pertanian negara kita. Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua golongan sasar dan pihak kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan segala kekurangan.

Sekian, Wasalam.

 

( NUR HAFIZAH BT. SHARUDIN )
Pegawai Pertanian Daerah Manjung
E-mel: ppmjg@perak.gov.my
nurhafizah@perak.gov.my
aidiiza@yahoo.com

  
 [ke Laman Utama]


 

 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 01:09:33 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.