VERMIKOMPOS MENINGKATKAN
KESUBURAN TANAH

 

PENGENALAN

Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos.  Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman.  Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman.  Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.


MEMBUAT VERMIKOMPOS

Bahan-bahan:

  1. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput
  2. Najis haiwan (tahi lembu atau tahi ayam)
  3. Cacing merah (cacing kompos)


CARA
MEMBUAT VERMIKOMPOS

  1. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas
     
  2. Masukkan 300 kg jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam kompos dan gaulkan
     
  3. Masukkan 4 kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni
     
  4. Lakukan penyiraman setiap 2 hari sekali supaya campuran sentiasa di dalam keadaan lembap
     
  5. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah sentiasa dilakukan bagi memastikan cacing berada di dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti semut, tikur dan burung
     
  6. Hasil vermikompos boleh diambil dalam tempoh satu bulan


PENGUTIPAN HASIL

Vermikompos boleh dituai selepas 3-4 bulan.  Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya.  Cacing-caing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru.  Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual/digunakan.


KEBAIKAN
VERMIKOMPOS

  1. Memperbaiki struktur tanah
  2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.
  3. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok
  4. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah


 [ ke belakang ]   [ke Laman Utama]


 


Khas Untuk Pengunjung

PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329
Tarikh Kemaskini Terakhir:
 
09 July 2009 01:11:54 AM


dan Ruangan Webmaster

Penafian:
© Hakcipta Disember 2007 Pejabat Pertanian Daerah Manjung Terpelihara.  Pejabat  ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Pejabat ini juga tiada kaitan dengan mana-mana rantaian laman
tidak rasmi yang terdapat dalam laman ini.  Sebarang pertanyaan berkenaan laman ini, sila hubungi webmaster:
mariam@perak.gov.my / mariam@malaysia.net / cantik57@hotmail.com
Sesuai dengan paparan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel.